TOWARDS ON YOU

in many ways..

Assalamualaikum..
Kritikan adalah suatu perkara di mana ramai yang mungkin takut untuk menghadapinya.Dan sesetengahnya mungkin ada yang berminat untuk di kritik.Cuba kita renung sebentar mengapa kita harus takut untuk dikritik?. Sememangnya secara umumnya kritikan adalah suatu pandangan atau pendapat negatif yang dilontarkan akibat dari sesuatu yang tidak mengenai pada tempatnya.
 Percayalah bahawa kritikan itu sebenarnya boleh membawa suatu perubahan besar dalam kehidupan kita.Kritikan yang membina mampu untuk menjadikan kita seorang yang kuat dari sebelumnya.Tetapi manusia sekarang mudah melatah apabila di kritik kerana menyangka bahawa apa yang mereka lakukan adalah betul belaka.Sememangnya tidak dinafikan memang sukar untuk kita menerima kritikan seseorang kerana manusia dilahirkan dengan sifat menolak sesuatu perkara yang tidak di gemarinya.
 Jadi, sedarlah kita bahawa hendak atau tidak kita seharusnya menerima kritikan dengan hati yang terbuka dan berfikiran matang dalam menerimanya.sematkan prinsip 'Kritikan membawa perubahan' di dalam diri kita.Sebagai contoh di sini,apabila sesuatu program dilakukan,pada penghujungnya hendaklah diselitkan sekurang kurangnya satu kritikan berkenaan program tersebut.Percayalah bahawa program yang tidak diselitkan dengan kritikan kemungkinan besar akan gagal pada program yang akan datang.
 Kritikan yang dilakukan di dalam program ini adalah bertujuan untuk mengingatkan kita supaya kita akan melaksanakan program dengan lebih baik dan cemerlang pada masa akan datang.Tanpa kritikan sudah pasti tiada apa apa perubahan yang dilakukan dan seterusnya mudah dan cenderung untuk melakukan kesilapan yang lebih teruk.
 Walaupun pahit untuk kita telan semua kritikan tersebut, tetapi semua itulah yang akan membawa kita untuk terus maju ke hadapan.Jadi, janganlah kita lemah dengan kritikan kritikan yang dilontarkan dan kritiklah dengan cara yang berhemah demi untuk kebaikan seseorang dan bukan untuk menjatuhkannya..

THE SIMPLE ONE

There is such way to know the person how there are being looking by the others and there are many ways to said that the human being is vary over time corresponding with many factor..so my character is always change day by day depend on the situation that i face.i'm choose to be a simple person that will face many challenging that always affect my life every second.

Followers

Search This Blog